16 Mei – Kolej Universiti Insaniah dengan kerjasama Islamic Research and Training Institute
yang berpusat di Jeddah telah mengadakan majlis pelancaran bagi kursus Masters in Islamic
Finance and Banking
atau singkatannya MIFB melalui sidang video yang diadakan antara Alor Setar dan Jeddah.
Rektor Insaniah, Dato’ Dr Jamil Osman telahpun menyempurnakan ucapan pelancaran
mewakili Insaniah manakala mewakili IRTI pula adalah Yang Mulia Dr. Ahmad Mohamed Ali,
Presiden bagi Kumpulan IDB, telah memberikan ucapan beliau. Dengan itu, bermulalah fasa
baru dalam pengajian peringkat sarjana di KUIN iaitu secara
online
. Bagi yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kursus ini, sila layari laman web
www.mifb.insaniah.edu.my
.
No comments:
Post a Comment